Sewaktu
Perang Salib, pasukan Eropa dikejutkan oleh pedang yang dimiliki oleh pasukan
Arab dan Persia. Dimana Ketajamannya mampu menembus baju zirah crusader,
memotong dua pedang lawan, membelah perisai dan batu tanpa mengalami kerusakan
pada matanya.
Pedang
yang diakui paling tajam di dunia oleh pakar metalurgi. Kehebatan pedang buatan
Damsyik dan terkenal dengan sebutan Pedang Persia atau Sword of Damascus ini
telah mengatasi kehebatan pedang Katana dari Jepan. Wow.. Subhanallah..!!!
Pedang
ini diperbuat daripada besi “damascus”. Teknik pembuatan pedang ini begitu
rahasia sehingga hanya beberapa keluarga pandai besi di Damascus saja yang
menguasainya, ini juga sebabnya teknik pembuatan besi Damascus akhirnya pupus.
Pedang
ini mampu membelah sutera yang dijatuhkan ke atasnya, juga mampu membelah
pedang lain atau batu tanpa mengalami kerosakan sama sekali. Sebuah penelitian
mikroskopik menemukan bahawa pedang ini ternyata memiliki semacam lapisan kaca
dipermukaannya. Boleh dikatakan ahli ilmuwan islam di timur tengah telah
mencapai teknologi nano sejak seribu tahun yang lalu.
Setelah
sekian lama pedang ini menjadi rahsia akan kehebatannya, akhirnya pengkaji
barat telah berjaya membongkar rahsia pedang ini.
Kehebatan
Pedang Salahuddin Al-Ayyubi telah dibongkar oleh Prof Dr. Peter Paufler dari
Jerman. Prof tersebut menjumpai CNT di dalam pedang tersebut bersama
senjata-senjata yang digunakan oleh tentera-tentera Islam pada ketika itu
sewaktu perang Salib. CNT ini yang menjadikan pedang tentera Islam ini sangat
tajam tetapi mudah lentur.
Hasil
kajian yang dilakukan pasukan Eropah, menyatakan pedang tersebut disaluti oleh
CNT (Carbon Nano Tubes) yang menjadikan ianya AMAT TAJAM dan LENTUR. Seni
pembuatan pedang yang terahsia ini amat dikagumi oleh puak Barat dan kajian
metalurgi moden setakat hari ini juga, masih tidak berkeupayaan untuk
menghasilkan pedang berteknologi tinggi (teknologi NANO) dari peradaban Islam
pada kurun ke-12 ini.
Rupa-rupanya
didalam pedang ini terdapat sebatang tiub rod “Damascus” yang bersaiz nano yang
mudah lentur,tidak mudah patah dan sentiasa tajam sehinggakan mampu membelah
apa saja.
Beberapa
ahli metalurgi modern mengaku berhasil membuat besi yang sangat mirip dengan
besi Damascus , namun tetap belum berjaya meniru 100%.
Apa
itu CNT?
CNT
merupakan suatu rantaian atom karbon yang terikat di antara satu sama lain
secara heksagonal berbentuk silinder yang mempunyai diameter sekecil 1-2
nanometer. Silinder CNT ini boleh mencapai panjang sehingga berpuluh-puluh
mikron dan tertutup di bahagian hujung seolah-olah sebatang paip yang ditutup
dikedua-dua hujungnya.Pencirian yang dilakukan terhadap bahan ini juga
menjelaskan bahawa CNT mempunyai kekuatan paling tinggi berbanding bahan lain.
Ia juga mempunyai sifat kekonduksian elektrik melebihi kuprum dan logam.
Keunikan tiub karbon nano yang lain ialah mempunyai ketahanan terhadap suhu
tinggi serta mempunyai jisim yang lebih ringan dari aluminium
Teknologi
NANO ini menggunakan besi baja “damascus” yang juga dipanggil wootz. Bijih besi
ini mengandungi sejumlah peratusan unsur Karbon. Selain besi dan karbon,
unsur-unsur seperti Kromium, Mangan, Kobalt juga ditambah bagi menambahkan lagi
kekuatan, ketajaman dan kelenturannya.
Teknik
pembuatan pedang ini begitu rahsia sehinggakan hanya beberapa keluarga tukang
besi di Damsyik saja yang menguasainya. Akhirnya pada kurun ke-18, teknologi
pembuatan pedang ini telah pupus.
Apa
yang tertinggal hanyalah pedang-pedang, tombak dan Pisau yang kini tersebar di
pelbagai Museum di seluruh dunia.
SUMBER
: daulahislam
Tidak ada komentar:
Posting Komentar