1. Kecantikan Dalaman
Wanita yang tulen adalah wanita yang lemah lembut dalam
pewarakannya tetapi prinsip dan nilai hidupnya begitu agung dan tinggi merantai
dirinya.Itulah kecantikan dalaman yang sukar ditandingi.
2. Keanak-anakan
Lelaki suka membela, menjaga, membimbing dan melindungi
justeru mereka boleh berperanan menjadi pelindung kepada mereka.Keperibadian
wanita yang manja keanak-anakan memang merupakan salah satu keindahannya namun
tidaklah berkeanak-anakan yang melampau kerana akan menunjukkan bahawa diri
wanita itu tidak matang.
3. Cantik
NAFSU mengatakan wanita cantik pada rupanya,AKAL
mengatakan wanita cantik pada ilmu dan kepandaiannya,HATI mengatakan wanita itu
cantik pada akhlaknya.
4. Berakhlak Mulia
“Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia
adalah wanita yang solehah”Sebagai ibu, terukir di paparan dada.Sebagai isteri,
pengubat duka nan lara.Sebagai kekasih, dirindui saban ketika.Sebagai
mujahidah, berdiri dibelakang mujahidin.~Ciri-ciri wanita yang solehahTaat
kepada Allah.Berbuat baik kepada ibu bapa.Sentiasa taat dan berkhidmat kepada
suami dengan sepenuh hati.Menutup dan menjaga aurat.Tidak berhias apabila
keluar rumah.Tidak keluar bersendirian atau bersama lelaki ajnabi kecuali
bersama mahram.Berbuat baik dengan jiran tetangga.Suka mempunyai anak yang
ramai dan berusaha untuk mendidik mereka.
5. Berpegang pada agama
“Dikahwini wanita itu kerana 4 perkara, kecantikannya,
hartanya, keturunannya, dan agamanya. Pilihlah yang paling beragama”
6. Dari keturunan yang baik-baik.
Seorang wanita yang dari keturunan yang baik2 mudah
diterima lelaki. Namun wanita yang berasal dari keturunan yang hina seperti
anak zina atau sebagainya tidak wajar merasakan dirinya tidak layak menjadi
wanita idaman. Islam mengangkat tinggi umatnya yang bertaubat dan sentiasa
memperbaiki diri kerana taqwa menjadi darjat kemuliaan disisi Allah.
7. Bijaksana
Saidatina Aisyah r.a. merupakan seorang tokoh intelektual
terbilang. Sebanyak 2210 hadis sahih berjaya diriwayatkan selama 9 tahun hidup
bersama Rasulullah s.a.w. Beliau merupakan fuqoha’ (ahli hukum) Madinah yang
unggul dan juga berpengetahuan dalam bidang perubatan.~Wanita idaman lelaki
ialah wanita yang pandai tetapi tidak menunjuk-nunjuk
pandai kerana ianya mencabar ego lelaki lalu menyebabkan
lelaki menyampah terhadapnya.
8. Tidak mempamerkan keseksian
“Wanita yang berpakaian tetapi sebenarnya telanjang untuk
mencari perhatian lelaki, yang melenggok-lenggokkan tubuhnya, yang kepalanya
seperti punuk (bonggol) unta, mereka itu tidak akan masuk syurga”
(Hadis Riwayat Muslim)
9. Tidak Cerewet
Wanita yang cerewet boleh merimaskan lelaki dan mudah
menyebabkan lelaki menyampah terhadapnya.
10. Memahami lelaki
Contoh: Yang berlaku: “Itulah abang! Asyik bekerja aje.
Mementingkan diri sendiri… Tak ingat nak balik rumah… Tak abis-abis layan
kawan.. kawan.. kawan… Hal rumah ni takkan nak suruh saya buat sorang!”Yang
sebenarnya berlaku: Di pejabat, bos sambung meeting hingga pukul 7 malam.
Singgah solat Maghrib di masjid. Ada penceramah idola. Dengar ceramah sehingga
solat isyak. Dalam perjalanan pulang, kawan lama telefon minta jumpa di warung
ada hal penting katanya. Pukul 10 malam baru sampai di rumah.
11. Tidak terlampau cemburu
“Tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu
seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dihabiskan dijalan Allah dan
orang yang dikurniakan ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan hukum berpandukan
ilmunya (al-Quran dan Hadis) serta diajarkan kepada orang lain” (riwayat
Al-Bukhari dan Muslim)
12. Sejuk mata memandang.
~Bersopan-santun, sentiasa memaniskan muka~ Sentiasa
senyum~Menutup aurat~Ramah dan mesra~Menundukkan pandangan.
13. Pandai menaikkan semangat dan bermotivasi
Lelaki lebih tertarik untuk mencari wanita yang pandai
menaikkan semangat dan bermotivasi ketika dia memerlukannya.
14. Canggih
Wanita yang pandai menyesuaikan diri dengan arus
perkembangan semasa tetapi masih mengekalkan ciri-ciri wanita Islam yang
berakhlak mulia dan menutup aurat.
15. Mempunyai persamaan yang bermakna
Suatu hari,Imam Malik hairan melihat burung merpati dan
gagak berkumpul bersama. Dengan spontan beliau berkata,”Kedua-duanya bersatu
padahal jenisnya tidak sama”. Ketika burung itu terbang,beliau melihat keduanya
masih ada persamaan iaitu kedua-duanya cacat. Lalu beliau berkata,”Sebab itulah
burung itu dapat bersatu”.
16. Pemaaf
Wanita yang suka mendahului meminta maaf walaupun dirinya
tidak bersalah digambarkan mempunyai peribadi yang unggul dan mudah disayangi.
17. Seimbang
Seimbang dari sudut pergaulan, keagamaan, pengurusan
diri, dan pengurusan masa.
18. Berkeyakinan diri
19. Mempunyai ‘body language’ yang baik.
sumber: (DATO’ DR. FADZILLAH KAMSAH, HAJI MUHAMMAD ZAKARIA, FATIMAH SYARHA NOORDIN)
sumber: (DATO’ DR. FADZILLAH KAMSAH, HAJI MUHAMMAD ZAKARIA, FATIMAH SYARHA NOORDIN)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar