Sabtu, 12 April 2014

Pedang Salahuddin Al-Ayyubi Paling Tajam Di Dunia



Sewaktu Perang Salib, pasukan Eropa dikejutkan oleh pedang yang dimiliki oleh pasukan Arab dan Persia. Dimana Ketajamannya mampu menembus baju zirah crusader, memotong dua pedang lawan, membelah perisai dan batu tanpa mengalami kerusakan pada matanya.

Pedang yang diakui paling tajam di dunia oleh pakar metalurgi. Kehebatan pedang buatan Damsyik dan terkenal dengan sebutan Pedang Persia atau Sword of Damascus ini telah mengatasi kehebatan pedang Katana dari Jepan. Wow.. Subhanallah..!!!

Pedang ini diperbuat daripada besi “damascus”. Teknik pembuatan pedang ini begitu rahasia sehingga hanya beberapa keluarga pandai besi di Damascus saja yang menguasainya, ini juga sebabnya teknik pembuatan besi Damascus akhirnya pupus.

Pedang ini mampu membelah sutera yang dijatuhkan ke atasnya, juga mampu membelah pedang lain atau batu tanpa mengalami kerosakan sama sekali. Sebuah penelitian mikroskopik menemukan bahawa pedang ini ternyata memiliki semacam lapisan kaca dipermukaannya. Boleh dikatakan ahli ilmuwan islam di timur tengah telah mencapai teknologi nano sejak seribu tahun yang lalu.

Setelah sekian lama pedang ini menjadi rahsia akan kehebatannya, akhirnya pengkaji barat telah berjaya membongkar rahsia pedang ini.
Kehebatan Pedang Salahuddin Al-Ayyubi telah dibongkar oleh Prof Dr. Peter Paufler dari Jerman. Prof tersebut menjumpai CNT di dalam pedang tersebut bersama senjata-senjata yang digunakan oleh tentera-tentera Islam pada ketika itu sewaktu perang Salib. CNT ini yang menjadikan pedang tentera Islam ini sangat tajam tetapi mudah lentur.

Hasil kajian yang dilakukan pasukan Eropah, menyatakan pedang tersebut disaluti oleh CNT (Carbon Nano Tubes) yang menjadikan ianya AMAT TAJAM dan LENTUR. Seni pembuatan pedang yang terahsia ini amat dikagumi oleh puak Barat dan kajian metalurgi moden setakat hari ini juga, masih tidak berkeupayaan untuk menghasilkan pedang berteknologi tinggi (teknologi NANO) dari peradaban Islam pada kurun ke-12 ini.

Rupa-rupanya didalam pedang ini terdapat sebatang tiub rod “Damascus” yang bersaiz nano yang mudah lentur,tidak mudah patah dan sentiasa tajam sehinggakan mampu membelah apa saja.
Beberapa ahli metalurgi modern mengaku berhasil membuat besi yang sangat mirip dengan besi Damascus , namun tetap belum berjaya meniru 100%.

Apa itu CNT?
CNT merupakan suatu rantaian atom karbon yang terikat di antara satu sama lain secara heksagonal berbentuk silinder yang mempunyai diameter sekecil 1-2 nanometer. Silinder CNT ini boleh mencapai panjang sehingga berpuluh-puluh mikron dan tertutup di bahagian hujung seolah-olah sebatang paip yang ditutup dikedua-dua hujungnya.Pencirian yang dilakukan terhadap bahan ini juga menjelaskan bahawa CNT mempunyai kekuatan paling tinggi berbanding bahan lain. Ia juga mempunyai sifat kekonduksian elektrik melebihi kuprum dan logam. Keunikan tiub karbon nano yang lain ialah mempunyai ketahanan terhadap suhu tinggi serta mempunyai jisim yang lebih ringan dari aluminium

Teknologi NANO ini menggunakan besi baja “damascus” yang juga dipanggil wootz. Bijih besi ini mengandungi sejumlah peratusan unsur Karbon. Selain besi dan karbon, unsur-unsur seperti Kromium, Mangan, Kobalt juga ditambah bagi menambahkan lagi kekuatan, ketajaman dan kelenturannya.
Teknik pembuatan pedang ini begitu rahsia sehinggakan hanya beberapa keluarga tukang besi di Damsyik saja yang menguasainya. Akhirnya pada kurun ke-18, teknologi pembuatan pedang ini telah pupus.

Apa yang tertinggal hanyalah pedang-pedang, tombak dan Pisau yang kini tersebar di pelbagai Museum di seluruh dunia.

SUMBER : daulahislam

Tidak ada komentar:

Posting Komentar