MKYDMIOnline-Perpustakaan
Kongres (Library of Congress) di Washington DC ada menyimpan sebuah ‘khazanah
tersembunyi Islam’ yang mana ianya adalah sebuah perjanjian pemerintah Amerika Syarikat
dengan suku Cherokee, salah satu suku Indian, pada tahun 1787. Di perpustakaan
tersebut – akan ditemukan tanda tangan Kepala Suku Cherokee ketikaitu AbdeKhak dan Muhammad Ibnu Abdullah. Isi
perjanjian itu antara lain adalah hak suku Cherokee untuk melangsungkan
keberadaannya dalam perdagangan, perkapalan, dan bentuk pemerintahan suku
cherokee yang saat itu berdasarkan hukum Islam. Lebih lanjut, anda akan ditemui
cara berpakaian suku Cherokee yang menutup aurat manakala kaum lelakinya
memakai turban (surban) dan terusan hingga sebatas lutut.
Cara
berpakaian ini dapat ditemui dalam gambar atau lukisan suku Cherokee yang
diambil gambarnya sebelum tahun 1832. Ketua suku terakhir Cherokee sebelum
akhirnya benar-benar pupus dari benua Amerika adalah seorang Muslim bernama
Ramadan Ibnu Wati.
Berbicara
berkenaan suku Cherokee, tidak boleh terlepas dari suku Sequoyah. Sequoyah
adalah orang asli suku Cherokee yang berpendidikan dan menghidupkan kembali
Syllabary suku mereka pada 1821. Syllabary adalah sebuah aksara. Jika sekarang
kita mengenali abjad A sampai Z, maka suku Cherokee memiliki aksara mereka
sendiri. Yang membuatkannya sangat luar biasa adalah aksara yang dihidupkan
kembali oleh Sequoyah ini mirip sekali dengan aksara Arab. Bahkan, beberapa
tulisan masyarakat Cherokee abad ke-7 yang ditemui terpahat pada batu-batuan di
Nevada sangat mirip dengan perkataan ”Muhammad” dalam bahasa Arab.
Nama-nama
suku Indian dan ketua sukunya yang berasal dari bahasa Arab tidak hanya ditemui
pada suku Cherokee (Shar-kee), tapi juga pada Anasazi, Apache, Arawak, Arikana,
Chavin Cree, Makkah, Hohokam, Hupa, Hopi, Mahigan, Mohawk, Nazca, Zulu, dan
Zuni. Bahkan, beberapa ketua suku Indian juga mengenakan penutup kepala khas
orang Islam. Mereka adalah Ketua Suku Chippewa, Creek, Iowa, Kansas, Miami,
Potawatomi, Sauk, Fox, Seminole, Shawnee, Sioux, Winnebago, dan Yuchi. Ia
ditunjukkan pada gambar-gambar antara tahun 1835 dan 1870.
Secara umumnya, suku-suku Indian di Amerika juga
percaya adanya Tuhan yang menguasai alam semesta. Tuhan itu tidak terjangkau
oleh pancaindera. Mereka juga meyakini, tugas utama manusia yang diciptakan
Tuhan adalah untuk memuja dan menyembah-Nya. Seperti kenyataaan oleh seorang
Ketua Suku Ohiyesa :”In the life of the Indian, there was only inevitable
duty-the duty of prayer-the daily recognition of the Unseen and the Eternal”.
Bukankah Al-Qur’an juga memberitakan bahawa tujuan penciptaan manusia dan jin
semata-mata untuk beribadah pada Allah.
Bagaimana Ketua Suku Indian Cheeroke Boleh Menjadi
Seorang Muslim?
Semangat
orang-orang Islam dan Cina ketika itu untuk mengenali lebih jauh tentang dunia
tempat tinggalnya selain untuk melebarkan pengaruh, mencari jalur perdagangan
baru dan tentu saja memperluaskan dakwah Islam telah mendorong beberapa pemberani
di antara mereka untuk melintasi wilayah yang masih dianggap gelap dalam
peta-peta mereka pada ketika itu.
Beberapa nama masih lagi sangat tersohor sehingga
kini bahkan hampir semua orang pernah mendengarnya — sebut sahaja Cheng Ho dan
Ibnu Batutta, namun beberapa nama lagi hampir tidak terdengar dan hanya
tercatat di dalam buku-buku akademik. Para ahli geografi dan intelektual dari
kalangan Muslim yang mencatatkan perjalanan ke benua Amerika itu adalah
Abul-Hassan Ali Ibn Al Hussain Al Masudi (meninggal tahun 957), Al Idrisi
(meninggal tahun 1166), Chihab Addin Abul Abbas Ahmad bin Fadhl Al Umari (1300
– 1384) dan Ibn Battuta (meninggal tahun 1369).
Menurut
catatan ahli sejarah dan ahli geografi Muslim Al Masudi (871 – 957), Khashkhash
Ibn Saeed Ibn Aswad seorang pengembara muslim dari Cordoba di Andalusia, telah
sampai ke benua Amerika pada tahun 889 Masehi. Dalam bukunya, ‘Muruj Adh-dhahab
wa Maadin al-Jawhar’ (The Meadows of Gold and Quarries of Jewels), Al Masudi
melaporkan bahawa semasa pemerintahan Khalifah Andalusia, Abdullah Ibn Muhammad
(888 – 912), Khashkhash Ibn Saeed Ibn Aswad berlayar dari Delba (Palos) pada
tahun 889, menyeberangi Lautan Atlantik, hingga mencapai wilayah yang belum
dikenal yang disebutnya Ard Majhoola, dan kemudian kembali dengan membawa
berbagai harta yang menakjubkan.
Sesudah
itu banyak pelayaran yang dilakukan mengunjungi daratan di seberang Lautan
Atlantik, yang gelap dan berkabut itu. Al Masudi juga menulis buku ‘Akhbar Az
Zaman’ yang antara lainnya memuatkan bahan-bahan sejarah dari pengembaraan para
pedagang ke Afrika dan Asia. Dr. Youssef Mroueh turut menulis, bahawa selama
pemerintahan Khalifah Abdul Rahman III (tahun 929-961) dari dinasti Umayyah,
tercatat adanya orang-orang Islam dari Afrika yang berlayar dari pelabuhan
Delba (Palos) di Sepanyol ke Barat menuju ke lautan lepas yang gelap dan
berkabut, Lautan Atlantik. Mereka kembali dengan membawa barang-barang bernilai
yang diperolehi dari tanah asing.
Beliau
juga menulis menurut catatan ahli sejarah Abu Bakr Ibn Umar Al-Gutiyya bahwa
pada masa pemerintahan Khalifah Andalusia, Hisham II (976-1009) seorang
pengembara dari Granada bernama Ibn Farrukh tercatat meninggalkan pelabuhan
Kadesh pada bulan Februari tahun 999 melintasi Lautan Atlantik dan mendarat di
Gando (Kepulauan Canary).
Ibn Farrukh berkunjung kepada Raja Guanariga dan
kemudian melanjutkan ke barat hingga melihat dua pulau dan menamakannya
Capraria dan Pluitana. Ibn Farrukh kembali ke Sepanyol pada bulan Mei 999.
Perlayaran melintasi Lautan Atlantik dari Maroko dicatatkan juga oleh
penjelajah laut Shaikh Zayn-eddin Ali bin Fadhel Al-Mazandarani. Kapalnya
berlepas dari Tarfay di Maroko pada zaman Sultan Abu-Yacoub Sidi Youssef (1286
– 1307) raja ke-enam dalam dinasti Marinid. Kapalnya mendarat di pulau Green di
Laut Karibia pada tahun 1291. Menurut Dr. Morueh, catatan perjalanan ini banyak
dijadikan rujukan oleh ilmuwan Islam.
Sultan-sultan dari kerajaan Mali di Afrika barat
yang beribukota di Timbuktu, ternyata juga melakukan perjalanan sendiri hingga
ke benua Amerika. Sejarawan Chihab Addin Abul-Abbas Ahmad bin Fadhl Al Umari
(1300 – 1384) memerinci eksplorasi geografi ini dengan seksama. Timbuktu yang
kini telah dilupakan, dahulunya adalah merupakan sebuah pusat peradaban,
perpustakaan dan keilmuan yang maju di benua Afrika. Ekpedisi perjalanan darat
dan laut banyak dilakukan orang menuju ke Timbuktu atau bermulal dari Timbuktu.
Sultan yang tercatat mengembara benua hingga ke
benua baru saat itu ialah Sultan Abu Bakari I (1285 – 1312), saudara dari
Sultan Mansa Kankan Musa (1312 – 1337), yang telah melakukan dua kali ekspedisi
melintasi Lautan Atlantik hingga ke Amerika dan bahkan menyusuri sungai
Mississippi.
Sultan Abu Bakari I melakukan eksplorasi di Amerika
tengah dan utara dengan menyusuri sungai Mississippi antara tahun 1309-1312.
Para pengembara ini berbahasa Arab. Dua abad kemudian, penemuan benua Amerika
diabadikan dalam peta berwarna Piri Re’is yang dibuat tahun 1513, dan
dipersembahkan kepada Raja Uthmaniah, Sultan Selim I tahun 1517. Peta ini menunjukkan
belahan bumi bahagian barat, Amerika Selatan dan bahkan benua Antartika, dengan
penggambaran pesisiran Brazil secara cukup tepat.
Bukti
lainnya adalah, Christopher Columbus sendiri mengetahui bahawa orang-orang
Carib (Karibia) adalah pengikut Nabi Muhammad SAW. Dia faham bahawa orang-orang
Islam telah berada di sana terutama orang-orang dari Pantai Barat Afrika.
Mereka mendiami Karibia, Amerika Utara dan Selatan. Namun tidak seperti
Columbus yang ingin menguasai dan memperbudakkan rakyat Amerika. Orang-Orang
Islam datang untuk berdagang dan bahkan beberapa orang daripada mereka menikahi
orang-orang pribumi. Seterusnya, Columbus juga mengakui pada 21 Oktober 1492
dalam pelayarannya antara Gibara dan Pantai Kuba melihat sebuah masjid (berdiri
di atas bukit dengan indahnya menurut sumber tulisan lain). Hingga ini
sisa-sisa runtuhan masjid telah ditemui di Kuba, Mexico, Texas dan Nevada.
Dan
tahukah anda? 2 orang nakhoda kapal yang dipimpin oleh Columbus, kapten kapal
Pinta dan Nina adalah orang-orang muslim iaitu dua bersaudara Martin Alonso
Pinzon dan Vicente Yanex Pinzon yang masih keluarga dari Sultan Maroko Abuzayan
Muhammad III (1362). [THACHER, JOHN BOYD: Christopher Columbus, New York 1950]
Dan mengapa hanya Columbus sahaja yang hingga kini
dikenali sebagai penemu benua Amerika? Kerana ketika terjadi pengusiran 300 000
orang Yahudi dari Spanyol oleh Raja Ferdinand yang beragama Kristian,
orang-orang Yahudi kemudiannya telah mengumpul (membiayai) dana untuk pelayaran
Columbus dan berita ‘penemuan benua Amerika’ telah dikirim pertama kali oleh
Christopher Columbus kepada kawan-kawannya yang merupakan orang Yahudi di
Spanyol.
Pelayaran Columbus ini nampak sangat demi hanya
mengejar kemahsyuran dan diperlukan untuk menciptakan legenda sesuai dengan
‘pesanan penaja Columbus’ iaitu orang Yahudi Sepanyol. Sehingga kini media
massa mahupun ahli akademik dunia yang dikuasai dan dimonopoli oleh Yahudi
terus-menerus mengguna pakai ‘berita penemuan benua Amerika’ oleh Columbus.
Maka tampaknya ada ketidakjujuran dalam menulis fakta sejarah berkenaan
penemuan benua Amerika. Penyelewengan sejarah oleh orang-orang Yahudi yang
terjadi sejak pertama kali mereka bersama-sama orang Eropah menjejakkan kaki ke
benua Amerika.
Dan tahukah anda? Sebenarnya laksamana Cheng Ho adalah
penemu benua Amerika lebih awal iaitu sekitar 70 tahun sebelum Columbus.
Sekitar 70 tahun sebelum Columbus memacakkan benderanya di tanah Amerika,
Laksamana Cheng Ho sudah terlebih dahulu datang ke sana. Para peserta seminar
yang dianjurkan oleh Royal Geographical Society di London tidak lama dulu telah
mengalami kejutan besar dek kerana pendedahan seorang krew kapal selam dan
sejarawan bernama Gavin Menzies dengan paparannya dan lantas mendapat perhatian
besar.
Menzies yang tampil dengan penuh keyakinan –
menjelaskan teorinya tentang pelayaran terkenal dari pelaut mahsyur asal China,
Laksamana Cheng Ho. Bersama bukti-bukti yang ditemuinya dari catatan sejarah,
dia lantas membuat kesimpulan bahawa pelaut serta pengembara ulung dari Dinasti
Ming itu adalah penemu awal benua Amerika, dan bukannya Columbus.
Bahkan menurutnya, Cheng Ho ‘mengalahkan’ Columbus
dengan jarak (perbezaan) waktu sekitar 70 tahun. Apa yang dikemukakan Menzies
tentu membuat kekecohan kerana masyarakat dunia selama ini mengetahui bahawa
Columbus lah penemu benua Amerika pada sekitar abad ke-15. Pendedahan Menzies
ini dikuatkan dengan sejumlah bukti sejarah.
Beliau menunjukkan sebuah peta yang dilakar sebelum
Columbus memulakan ekspedisinya, lengkap dengan gambar benua Amerika serta sebuah
peta astronomi milik Cheng Ho yang disandarkan sebagai bahan bukti. Menzies
sangat yakin selepas beliau meneliti ketepatan dan kesahihan bahan-bahan
bersejarah tersebut.
Cherokee Syllabary ”Laksamana inilah yang
sepatutnya dinobatkan sebagai penemu pertama benua Amerika,” ujarnya. Menzies
melakukan kajian selama lebih dari 14 tahun. Ini termasuk penelitian peta-peta
kuno, bukti artifak dan juga penggunaan teknologi astronomi moden seperti
melalui program software Starry Night.
Dari bukti-bukti tersebut, kata kunci yang boleh
mengubah sejarah ini, Menzies mengatakan bahawa sebahagian besar peta mahupun
tulisan penjelajahan Cina kuno bersumberkan pada masa pelayaran Laksamana Cheng
Ho. Penjelajahannya sehingga merangkaui benua Amerika telah mengambil masa
antara tahun 1421 dan 1423. Sebelum itu, armada kapal Cheng Ho berlayar
menyusuri jalur selatan melewati Afrika dan sampai ke Amerika Selatan.
Huraian astronomi pelayaran Cheng Ho menyebut, pada
larut malam ketika terlihat bintang selatan sekitar tanggal 18 Mac 1421,
lokasinya di hujung selatan benua Amerika Selatan. Kata kunci ini kemudiannya
dibina semula dengan menggunakan software Starry Night dengan membandingkan
peta pelayaran Cheng Ho.
“Saya memprogram Starry Night hingga masa di tahun
1421 serta bagian dunia yang diperkirakan pernah dilayari ekspedisi tersebut,”
jelas Menzies yang juga merupakan seorang ahli pelayaran dan bekas komanden
kapal selam angkatan laut British. Daripada bukti ini, beliau akhirnya
menemukan dua lokasi berbeza daripada pelayaran ini berdasarkan catatan
astronomi (bintang) ekspedisi Cheng Ho.
Telah terjadi pergerakan pada bintang-bintang ini,
sesuai putaran serta orientasi bumi di angkasa. Akibat putaran bumi yang kurang
sempurna membuatkan paksi bumi seolah-olah mengukir lingkaran di angkasa setiap
26 ribu tahun. Fenomena ini, yang disebut ketepatan, berarti tiap titik kutub
membidik bintang berbeza selama waktu berjalan. Menzies menggunakan software
untuk membina kedudukan bintang-bintang seperti pada masa tahun 1421.
“Kita sudah memiliki peta bintang China kuno namun
masih memerlukan penanggalan petanya,” kata Menzies. Ketika sedang pening
memikirkan masalah ini, tiba-tiba beliau menemui kata kuncinya. “Dengan
kemujuran luar biasa, salah satu dari tujuan yang mereka lalui, yakni antara
Sumatra dan Dondra Head, Srilanka, mengarah ke barat.”
Bahagian dari pelayaran tersebut sebenarnya sangat
dekat dengan garisan khatulistiwa di Lautan Hindi. Adapun Polaris, sang bintang
utara, dan bintang selatan Canopus, yang dekat dengan lintang kutub selatan,
tercantum dalam peta. “Dari situ, kita berjaya menentukan arah dan kedudukan
Polaris. Sehinggalah kita boleh memastikan masa daripada peta itu iaitu tahun
1421, lebih dan mkurang 30 tahun.”
Sequoyah Atas penemuan tersebut, Phillip Sadler,
iaitu pakar pelayaran dari Harvard-Smithsonian Center for Astrophysics,
mengatakan perkiraan dengan menggunakan peta kuno berdasarkan posisi bintang
amatlah dimungkinkan (berkemungkinan tepat). Dia juga bersetuju bahawa anggaran
waktu 30 tahun, seperti dalam pandangan Menzies, juga masuk akal.
Selama ini, masyarakat dunia mengetahui sejarah
Cheng Ho sebagai penjelajah ulung. Dia lahir di Kunyang, kota yang berada di
sebelah barat dayaYunan, pada tahun 1371. Keluarganya yang bernama Ma, adalah
sebahagian daripada etnik minoriti Semur. Mereka berasal dari kawasan Asia
Tengah serta menganut agama Islam. Ayah dan datuk Cheng Ho diketahui pernah
membuat perjalanan menunaikan haji ke Tanah Suci Makkah. Sementara Cheng Ho
sendiri membesarr dengan banyak mengadakan pengembaraan ke banyak wilayah.
Beliau adalah seorang Muslim yang taat.
Yunan adalah salah satu wilayah terakhir pertahanan
bangsa Mongol, yang sudah ada jauh sebelum masa dinasti Ming. Pada saat pasukan
Ming menguasai Yunan tahun 1382, Cheng Ho turut ditawan dan dibawa ke Nanjing.
Ketika itu dia masih berusia 11 tahun. Cheng Ho pun dijadikan sebagai pembantu
putera mahkota yang kemudiannya menjadi Maharaja bernama Yong Le. Maharaja
inilah yang memberi nama Cheng Ho hingga akhirnya beliau menjadi salah seorang
panglima laut termashyur di dunia.[Lokagandasamit